Aspek formal : Garisan
Aspek Formal terdiri daripada :
2.1
a.Unsur Seni
b.Prinsip Rekaan
2.2
Media dan teknik
A.Unsur Seni
-disebut dengan istilah unsur seni reka/ elemen seni/ asas seni visual
1.Garisan
2.Jalinan
3.Rupa
4.Bentuk
5.Warna
1. Garisan
Pengenalan Garisan
-Garisan merupakan kesan pergerakan titik yang dihasilkan dengan menggunakan peralatan atau media tertentu yang bermula dari satu titik titik dan merentasi sesuatu kawasan.
-Pelbagai alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan satu lakaran atau gubahan. Contohnya:
a.Berus b. Pensel c. Pen manuskrip d. Krayon e. Dakwat
-Alatan dan media berlainan yang digunakan ke atas bahan hasil gubahan garisan yang berlainan.
-Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
Jenis-jenis garisan
Pelbagai teknik untuk menghasilkan garisan
Contoh-contoh bahan, media dan teknik yang dapat menghasilkan garisan adalah :
Contoh kesan garisan yang diperoleh dengan menggunakan media yang berlainan ;
-pensel
-berus lukisan
-pen marker
-arang
-pastel
-pen italik
-pensel warna
Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
i. contoh garisan pada benda alam semula jadi
Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti :
-akar tumbuhan
-tali
-urat-urat daun
-ombak di lautan
-titisan hujan
-kulit haiwan dan tumbuhan
-batu mamar
-kulit kayu
Garisan pada kulit harimau Garisan pada urat daun
ii. contoh garisan pada benda buatan manusia :
-tali
-bakul anyaman
-kain tenunan
-bangunan
-tayar kenderaan
-corak fabrik
-jala
-penapis
Fungsi garisan dalam penghasilan seni visual
Garisan menimbulkan perasaan :
1. Garisan tegak akan menimbulkan perasaan teguh.
2. Garisan melintang menimbulkan perasaan tenang.
3. Garisan beralun menimbulkan perasaan cemas.
4. Garisan berpancar menimbulkan tenaga.
5. Garisan bengkang-bengkok menimbulkan pergerakan
Fungsi Garisan
1.Garisan menimbulkan rupa
2.Garisan menimbulkan bentuk
3.Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang
4.Garisan mewujudkan ruang
5.Garisan menghasilkan jalinan
6.Garisan menghasilkan motif pada reka corak
7.Garisan mewujudkan ton
8.Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid
Olahan garisan menimbulkan ton :
-Garisan boleh diolah untuk menimbulkan nilai ton
-Garisan yang dilukis rapat akan kelihatan lebih gelap daripada garisan yang dilukis berjarak
-Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap
-Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap
-Kesan yang gelap juga boleh diwujudkan apabila garisan dilukis secara bertindih
Olahan garisan menimbulkan bentuk :
-Susunan garisan yang berulang dalam arah tertentu dapat bentuk.
-Garisan melintang, menegak, dan sering digunakan untuk menunjukkan bentuk yang menunjukkan permukaan rata.
-Garisan melengkung lebih sesuai untuk bentuk yang terdapat di permukaan bulat seperti:
*Sfera *Kon *Silinder
Olahan Garisan Menimbulkan Pergerakan
Garisan boleh diolah untuk menunjukkan sesuatu yang bergerak. Contohnya:
-Aliran air sungai
-Kepulan asap
-Pusingan kipas
-Pergerakan rumput ditiup angin
-Riak air
-Pusingan roda
Aplikasi garisan dalam karya seni :
-Lukisan
-Catan
-Tenunan
-Kolaj
-Pualaman
-Arca
-garisan
-cetakan
-Resis ( batik/ ikat celup )
Ulasan
Catat Ulasan